PROFIL SEKOLAH



SEJARAH
Sekolah ini siap dibina pada tahun 2001. Oleh sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, sekolah ini hanya boleh diduduki pada persekolahan penggal kedua iaitu pada bulan Jun 2001. Pada penggal pertama persekolahan, murid-murid sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana. Keramaian murid-murid pada ketika itu ialah 280 orang sahaja manakala tenaga pengajarnya pula terdiri dari 19 orang guru. Dua sesi persekolahan terpaksa dibuat pada ketika itu kerana ketiadaan bilik darjah bagi menampung jumlah murid yang ada. Bagi Tahap 1 pada sesi petang manakala Tahap 2 pada waktu pagi.
Pada 6 Jun 2001, setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus, secara rasminya Sekolah Kebangsaan Sikamat mula beroperasi. Bilangan murid telah bertambah begitu juga dengan bilangan tenaga pengajarnya. Murid-murid sekolah telah bertambah dari masa ke semasa dan setakat penghujung tahun 2001 jumlah murid seramai 535 orang dan guru pula seramai 28 orang. Infrastruktur bangunan terdiri dari 4 blok yang bersambung antara satu sama lain dengan memuatkan 30 buah bilik darjah dan bilik-bilik khas.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT:
NAMA GURU BESAR
TAHUN PERKHIDMATAN
Tn. Hj. Bakri bin Harun
1 Januari 2001 hingga 1 Jun 2002
Tn. Hj. Shaari bin Ismail
2 Jun 2002 hingga 15 April 2004
En. Mohamed Aris bin Abu
16 April 2004 hingga 10 Julai 2007
En. Mohd Don bin Hj. Samian
10 Sept 2007 hingga 15 Jan 2009
Tn.Hj Kamarudin bin Abu Hassan
19 Jan 2009 hingga sekarang




3 comments:

  1. Kerja2 construction tgh buat. Kontraktor interior desinger diperlukan
    Reply
  2. Assalamu'alaikum. saya dari Sekolah Menengah Pertama Bustanul Muta'allimin Blitar Jawa Timur Indonesia.Saya membutuhkan surat keterangan untuk murid yang berasal d

No comments:

Post a Comment